Isnin, 5 Mei 2014

Buku Kewangan yg wajib dibaca

Boleh check kat sini : https://www.mphonline.com/em2/pelaburan.aspx

Selain buku-buku Azizi Ali, Irfan Khairi dan Robert T.Kiyosaki, bacalah juga buku Hajah Rohani, Chef Li dan Tuan Shamsudin Kadir.

Banyak buku-buku berkaitan kewangan terbitan truewealth yang anda boleh lihat di sini : https://www.facebook.com/bookplanet?fref=ts

Saya masih ingat pesanan Tuan Azizi Ali kepada saya, beliau berkata "semakin banyak buku yang anda baca, semakin bertambah kekayaan anda".

Memang betul, semakin banyak buku kita baca, semakin bertambah ilmu kita, apabila ilmu kita bertambah, semakin bijak kita mengurus kewangan.

"Bukan soal berapa banyak you belanja tapi berapa banyak you simpan"

"Orang tak pandang you ada kereta power atau pakai handphone canggih ke tak, tapi orang pandang bila you ada tanah ke tak, you ada rumah ke tak, you ada saham ke tak, dan you ada bisnes ke tak".

"Banyak mana anda ada bukan pengukur sebenar tetapi banyak mana anda dah beri untuk membantu orang lain dan juga sedekah anda".


Akhir sekali, membaca sahaja tidak mencukupi, anda juga perlu tengok video, hadiri seminar dan apa jua cara untuk menambah ilmu anda.

Pastikan pilih mentor yang betol ye.. hehe.. kerana ia melibatkan wang anda.

Lepas ni saya nak bongkar pasal saham pula. Saya akan dedahkan kepada anda siapa sifu-sifu saham yang patut anda berguru. Secara tak langsung anda dapatkan kurangkan kos anda. Pilih mentor yang betul-betul nak majukan anak bangsa bukannya nak untung semata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan